kalau boleh nak buang satu warna dalam dunia ni, warna apa hang nak buang, dan kenapa? haha

wow. soalan engkau mampu mencengkam kuku kaki dan kuku kuku yang lain. dah la warne.

secare jujur aku merasakan warna itu penting amatnya. pelbagai warna jadikan dunia ini ceria sangat~ lol, aku rase sebab aku baru lepas jawab exam tadi, aku sedikit gila. gila babun stress. tapi untuk menjawab pertanyaan anda puan saya memilih warna orange. mengapa? untuk menunjukkan otak aku masih normal tatkala merasakan seperti baru saja lepas dirogol oleh examiner menanye viva aku bagi beberapa sebab.


yang pertama.

orang itu mandul. mengikut kajian, warna sebegitu mampu memandulkan orang lain. bila aku baca statement ni, risau bebeno. aku baca dekat mens health.

*malaysian edition mind you bukan india ye*


yang kedua, warne oren itu sedikit gila. kalau jibam terbaca blog aku sumpah kene sepak tang groin. heh. jangan salah sangke, aku sebenarnye amat menyukai orange. selalu jugak aku memakai baju warne oren. warne oren boleh buat mata aku sedikit terbeliak. highlight gitu. tapi boleh buat aku sakit mata.

nanti otak aku berpinar. lepas tu bile ditanye ape itu gluconeogenesis punye key enzyme, elok elok aku ingat baik punye, hilang diudara seperti burung merpati yang selalu men-tahi di beranda rumah baru aku.

okay, aku sedikit terpesong. maaf.


dan yang ketiga.

warne oren adalah warne yang tengah tengah. aku tahu ramai yang tak setuju. kalau boleh, tak nak aku buang sebarang warna, tapi dah soalan ko macam ini *aku tak salahkan soalan ko, aku suke je soalan soalan ko yang pelik tapi sangat cool*, terpakselah aku menjawab dengan hati yang seberat 2.5 kg.

oren macam nak merah tapi tak merah, macam nak kuning tapi tak kuning. orang kate kalau gembire je, ingat kuning. tup tap tup, spongebob. tak ke ke gembira dan hati girang macam teletubbies? kalau nak romantik merah la, haa, passionate gitu. barulah kasih sayang berkekalan.

PANG!

setelah melempang diri sendiri, aku yakin aku kembali sihat.

memang akan ade orang cakap, habis tu pink boleh pulak. nak dekat merah nak dekat putih. tapi tak boleh. sebab pink warne air bandung. sedap woooo. mane nak jumpe kat india ni.


PANG!

tamat.


p/s: aku rase sebab first je. yang lain tu aku boleh terima lagi. camni lah latihan menggoreng jawapan ketika exam. siapa nak berguru dengan aku?

shall answer your inquiries no matter what.

6 comment(s):

nadiah fatin said...

~biru kaen skola rendah
~hijau taik lembu taik katak
~emas
~hitam
ade lagi tp mls da nak taep, hauhau

hazimah said...

hahahahaha...
hish dah elok2 Allah bagi banyak kaler nak dibuang2 pulak..
haha.. anyway.. orange best pe..

Y a T C i E said...

gila panjang jawapan ko.

betul ke warna oren bleh buat mandul?aku suke guna highlighter kale oren.isk isk.

Anonymous said...

huhu

psenk said...

@nadten: hijau adalah perkara paling penting sebab tu pokok warne hijau. peaceful.

@kzimah: dah soalan kene buang colour. saye suke je orange. ngeh ngeh

@yati: haah, kalau pandang warne tu lame sangat boleh mandul. entahlah. HOHO

@anon: huhu

syahira ariff said...

tak boleh buang kaler oren,nanti kau tak dapat nk mkn buah sunkist lagi
pink pun kau x leh buang jugak sbb tu kaler peberet aku
keh keh

Countdown started from February 8th, 2009
free hit counter