rumah sakit

dah lame aku tak menaip dengan bersungguh sungguh. oleh itu, aku menaip untuk mengelakkan rasa kekok dan ke-awkward-ness melampau dengan blog ini. okay tamat untuk mengarut sebagai pembuka kata. tak payah pikir banyak banyak, menaip je segala huruf keluar dalam kepala otak aku ini.

aku ingat lagi kerinduan yang melanda sewaktu di perlis. waktu aku digelar budak hingusan tingkatan 1. menangis sahaja. bapakku dan mak aku telah jauh tinggalkan aku. ke klang kate nye. kembali ke rumah nenekku. aku ditinggalkan ke sekolah sains dekat perlis. namenye? tak perlulah diceritakan. kalau nak tahu usha je balik post post aku sebelum ni.

aku teringat akan kisah dimana waktu maghrib menjelma aku didalam surau. form 1 la kate kan. al-quran ku sentuh. ku bace. ku hafal. bile azan je, aku nangis. lelehan air mata itu hasil ingatan aku kepada mak aku ngan bapak aku. aku bukan la manje sangat. aku rase aku cukup keras cume sedikit senti gitu. bukan sentimeter ye puan puan hanye senti mental.

sekarang aku nak mengadu aku rase macam homesick. bukan lah aku homesick actually. rase macam over kalau cakap camtu. aku cume rindu.

aku rindu bile aku dengan kawan baik aku si ain ahfu cucuk iphone aku dalam kereta so boleh dengar lagu. sambil berkarok. dengan lagu korea. rindu ade peluang nak buat begitu sambil lepak lepak tak tensen.

aku rindu dengan ahkern. haa. jangan memain. ahkern. aku berani potong tangan la bet die takkan bace blog ni. tapi aku tak kesah. ahkern ni best buat berkawan. akan aku rindu die menjadi pemandu gps aku hanye based on google maps dalam iphone aku dalam mencari destinasi seterus nye. sambil die mencarut carut la tapinye.

aku rindu achapdeen jugak. mane la taknye. lepak dengan die punye lame sampai ke subuh. sembang pasal sekolah dan gosip. priceless. terima kasih la kawan.

aku rindu drive memalam sambil dengar lagu nagging, lagu korea, lagu michael buble. macam macam lagu. lepas tu lepak dengan naqi shisha satu malam. oh my, best gila.

aku jugak rindu dengan irdina, khaliesah, thaqif ngan nabil. part bile main bersama sama. berkejar kejaran tak hengat dunia. bile malam tu rase lonely, ku cakap kunci terus vroom ke rumah mereka. part paling best, aku bagi salam je kat rumah, nanti pak anjang buat script.

'eh abanglong?'

tibe tibe je thaqif dari dapur terkedek kedek lari sambil jerit 'banglonnnnnnnnng'

oh man best gila.

aku rindu mak aku sangat. ingat lagi aku ngan adik aku bongsu si hisham tengah tengok star golden bell dekat kbs world *aku kagum dengan malaysia* sambil gelak nak pecah perut. mak aku datang dibawaknye jambu.

'nah banglong.'

oh sweetnye mak aku. lepas tu mulelah sembang dengan mak aku macam macam benda. oh best nye.

aku rindu nak tengok adik adik aku. ape dieorang buat. kalau dieorang tido pon aku tengok. rase dekat. rase tengah jadi abang yang baik. HAHA

aku rindu ain amin. aku rase macam tak perlu description.

now, aku offically rindu rumah. nak bukak puasa ngan dieorang. ya Allah, permudahkanlah jalan aku, dengan exam anat aku ni. please. bagi la aku kelapangan dada moga senang aku membaca dan menghafal macam ibnu sina. aku nak balik raya please dengan senang hati.

p/s: aku rase facebook berbahaya. makcik makcik aku semua aktif fb. stalker habis.

9 comment(s):

hazimah said...

nak tumpang sakit rumah jugaaakkkk~

syanaim said...

::rindu kak long x?hahah..fb..skrang kena slow sikit..ramai makcik2 rajin jenguk..:)..::

penyu said...

tajuk post ini sangat familiar

psenk said...

@kzimah: haha tumpanglah.
@klong: bahaya sekarang fb. kene pandang kiri kanan dulu. haha
@aizaamierah: ye, same seperti kamu punye.

syahira ariff said...

wahh makcik makcik dah pandai jadi stalker fb yer
dunia mkin up to date
=]

Anonymous said...

I needed some info and was searching on Google for it. I visited each of the first 5 pages that came up but didn’t get any relevant result... I then luckily found your diamond forum in the dirt and thought to check it out. This is what I was after

Cheers guys at psenk.blogspot.com and keep this brilliant effort up.

[color=#38b63c][URL=http://www.iron-science.co.uk/]bodybuilding supplements[/URL] [URL=http://www.iron-science.co.uk/]bodybuilding[/URL] [URL=http://www.iron-science.co.uk/]Sports Supplements[/URL] [URL=http://www.iron-science.co.uk/]Sports Nutrition[/URL] [/color]

ieka said...

sy suke bler awk type n cite ttg adk2 awk..banglong.. mcm besh n dekat je hub family 2... nice story...

Anonymous said...

sure adek2 awak xtau awk ske tgk dey all..
how lucky ade abg mcm nie..:))

Anonymous said...

sure adek2 awak xtau awk ske tgk dey all..
how lucky ade abg mcm nie..:))

Countdown started from February 8th, 2009
free hit counter