who's into you? part 1

Semangat bukan aku nak menaip tiba tiba. Haha, bukan apa aku boring. Padahal ada test pharmacology Isnin kepada 80% yang fail hari tu. Mana lah tak nya, mementang test hanyalah MCQ, semua buat buat tak tahu, buat buat relax macam latihan kompang KEPAK KEPUK! Konon, sehari sebelum test, buka buku MCQ lepas tu boleh score, tinggi hidung dan kaki. Ceh. Padan muka kan dah kena. Sekali keluar benda benda yang tak wujud. Bagi orang orang macam aku yang lebih celaka kononnya boleh score dengan baca buku MCQ tu pada pagi test, memang maut. Haha, sila berhenti main main ya rakan rakan.

SO, soalan yang menarik who's into you? Awak? Kamu? Kau? Anda? Kau orang? Kamu semua? Kan menarik jikalau ada orang jawab bila aku tengah menaip ni. Nak nak pula yang mereply adalah orang orang yang comel seperti Nora Danish, Lee Min Jung tak pun IU. Untuk dijadikan cerita, aku menghadiri satu mesyuarat berkenaan sambutan CNY and MaKS1Ma ni. Entah kenapa aku dengar BANYAK, BANYAK kali perkataan kahwin. Maybe my hearing for today become more sensitive than usual. Entahlah, aku boleh senyum je la. Tambahan pula, senior aku paling sporting dah tunang. Senyap senyap pula tu. Rasa macam hilang kawan. HAHA. Okay aku tipu. Aku rasa macam kawan aku yang gila dah matured.

COME ON LAH. We're talking about marriage okay. Gila! Aku memang tak boleh fikir sangat benda ni, sebab aku tahu aku tak layak. Kemahuan memang ada, nasib baik akal dah lama ada. Bukanlah aku gatal, tapi aku rasa institusi perkahwinan adalah menarik. Kahwin dan bercinta bersungguh, oh menarik. That makes me realize, how do you know someone is into you? Sign? Petanda? Kata kata?

Tiba tiba aku rasa nak share. Masa aku sekolah rendah dulu, petanda yang paling obvious if someone is into you, she'll be looking at you for a period of time. Sumpah aku perasan. EH tak, sumpah aku perasan akan pandangan minah itu terhadap aku even dia dekat tingkat 2. Bila kita buat buat pandang dia, nanti dia tersipu sipu malu lalu kepala yang bertudung putih itu bersembunyi di balik dinding. Aku bodoh bodoh orangnya, mak aku cakap, buat baik dekat orang. Maka aku senyum. Gila NAIVE. Kalau sekarang aku buat, serius kena tampar. Kau tahu apa aku rasa masa tu? Priceless. Gila seronok rasa ada secret admire. HAHAHA. Okay gampang puji diri sendiri.

Sekolah menengah, it was easier. Kalau minat surat sampai. SETTLE. Macam babun aku rasa bila nak menaip fasal benda ni. Masa tusyen dulu, kalau ada orang minat, ada orang tengah, ada orang belah kiri ada orang belah kanan. Sebelum start kelas, mamat tu kena jumpa orang tengah dekat luar kelas. Bukan aku mamat itu, aku biasalah, wingman. LOL. Nanti mamat dapat surat, dia baca. Kemudian masuk kelas bila cikgu masuk. Tengah berjalan tu, mamat tu akan kelip kelip mata ke, pandangan lembut dan penuh kasih sayang ke penerima surat itu. AWWWW, sweet sangat bukan? TET. Lepas tu kelas habis, mamat tu dah siap tulis reply, lepas tu kasi surat balas dekat orang tengah dimana DIA TENGAH DUDUK SEBELAH MINAH YANG DIMINATI.

DAMN! Serious gampang.

Oh, aku tak layan sangat masa surat cinta masa kat sekolah. Jarang orang dapat. Sebab aku sekolah lelaki. HAHA. Kalau dapat juga, tak tahulah. Tapi masa sekolah berasrama, selalu, nak tahu siapa minat senang je. Modus operandi masih sama, method quite similar like the one I've told you. Ada orang tengah. Senior senior suka bebudak junior ni. Bukanlah pedophile tapi dieorang anggap sama lah. Plus masing masing dah hit puberty. Apa nak segan kata mereka? Tiap tiap malam aku terjaga, dengan orang tengah (junior lelaki) kena panggil and bagi report tiap tiap malam kepada si senior (kawan kawan aku LOL).

"abang bob, dia cakap..bla bla bla"
"abang hans, dia memang takde boyfriend."
"abang adil, oh dia memang dulu duduk korea'

Serius aku cakap, tidak ada kena mengena antara yang hidup dan yang mati.

Ehem ehem. Mari teruskan sesi ini.

Semakin meningkat tua, semakin besar ketidakmaluan ini. Dah tak main surat menyurat ni. Dengan kos yang mahal kena bagi nasi lemak ayam dekat bebudak junior sebagai orang tengah, menjilat bagai setem untuk bagi surat kepada mereka yang jauh (long distance relationship lah katakan) serta kos dakwat pen yang mahal, mahu mahu kepada mereka yang pakai pen PILOT G2. Handsome habis la dengan dakwat pen yang macho itu. Rasa cool je. SMS merupakan medium terhebat. Eh, takkan nak cakap texting a friend is considered into you? Kena tepat pada situasinya. Sebagai contoh, kalau dah posting sama sama, bila dalam kelas group ke, buat muka pokerface, tapi at the some time tengah text sembang benda macam

'why you bunked today's class?'
'why? I was too sleepy to come. But I'm in the college now.'
'oh, i wanna talk to you. it's boring in class'
'see, you do miss me'
'kinda'

KA-CHING! A player seen!

Makin lama makin kentang. Dah selalu lepak lama sangat, okay je. Tapi akan sampai satu level, kau tak dapat bezakan apa yang benar. Adakah itu gesture of being a friend or being more than that? Susah gila nak digest benda ni. Tapi aku nampak satu penyelesaian. dengan example aku yang sentiasa bernas. Katakanlah ada orang minat aku (okay, semua orang boleh muntah sekarang) lepas tu aku keluar dengan minah mana entah, just as a friend. EH kejap, aku rasa macam celaka dan janggal dengan menaip dengan penuh perasan. Tukar tukar. Katakanlah mamat tadi tu bukan but it's Kim Bum tak pun Jay Park. EH tak semua kenal, tukar, Taylor Laut-kat-ner lah. Oh yeah~ Lepas tu Taylor Sweep suka dia. Si Laut ni nak keluar dengan Jennifer Garden sebagai member je. Lepas balik dari outing tu, dia texted lah si taylor Sweep, lepas tu tak reply. Bila jumpa kat kolej je bagi cold shoulder.

Macam ada satu perasan tak puas hati, kononnya si Taylor Sweep nak lupakan Taylor Laut-kat-ner, nak jauhkan diri lah, nak achieve mental stability or state of calmness-lah or whatsoever. Mamat ni duk pujuk pujuk, player kononnya, tanak hilang kawan katanya, dalam hati pancing. Haha. Kejap, kenapa aku boleh describe si Mr Laut-kat-ner dengan baik ni? Mungkin imaginasi aku melampau. Mamat ni tertanya tanya kenapa minah itu macam ini.

Ladies and gentlemen, that Miss Sweep is so liking this Mr Taylor.

Kesimpulannya, banyak benda yang kau orang boleh nampak whether he or she into you or otherwise. Becoming a good observer is important. Difficult? Then you have to practice. Macam mana? Usha and keep on usha-ing. That's all folks. Aku sebenarnya menaip ni tanpa berfikir sebab aku nak sampaikan benda lain with this title, but it went somewhere. Well, mungkin mood aku menarik hari ni.

Saya ulangi kisah ini tiada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang dah mati. Till then.

p/s: kadang kadang kau yang tak realize, that the girl who cut your cards and letters are the one who wanted you more than anyone else. Confusing enough? Me too.

0 comment(s):

Countdown started from February 8th, 2009
free hit counter