Semenjak dua menjak ni aku rasa aku dalam keadaan yang meletihkan. Kelas tak tertangkap, baca tak termasuk, tidur tak terlena. Bagaimana? Sibuk denan persatuan dan batch sendiri, dengan tarian kontemporari yang menggelabah itu dengan video rosak itu dan fashion show yang tak hingat itu buat aku letih.
Tetapi itu tidak bermakna aku berhenti berfikir tajuk ini. Aku faham manusia hilang keserasian bila bersama itu sebab mereka mencari lain. Antara sebab manusia bernama lelaki mencari isteri kedua, antara sebab band kenal
pakcik hussein bubar dan menjadi lan si penaip. Mula menuju ke jalan so-called destiny dieorang.
Jujurnya aku boring, menyampah dan hampeh akan fakta ini. Sebab ia benar belaka. Seorang gadis yang tak dikenali 'stranger' pernah terasa kekasihnya dan beliau merasakan hambar. Keserasian makin pudar. Aku antara pendengar yang tegar bebelan beliau buat aku cuak memikirkan masa depan. Aku faham Melayu selalu rileks dan chillex.
Dengan selamba "jodoh ditangan Tuhan". Aku tak nafikan itu enar tetapi tidak bermakna tak berbuat apa apa.
Sepanjang dalam kehidupan aku, dalam memberi komitmen aku antara yang terbaik. Aku ulangi komitmen terbaik. bukan maksudnya kerja aku cukup bagus tetapi aku berusaha bersungguh untuk menyempurnakan kerja aku when the passion existed.
Bila dalam kehidupan kau boleh sangat nampak mereka yang mahukan kau. Syarikat besar? Kedai makanan terkenal? Pembekal kordial ribena terbesar dan lain lain lagi. Sanggup call nak menanyakan kita. Sanggup menggunakan ayat ayat manis dan bersedia untuk mengorbankan segalanya.
Lalu buat aku tertanya, apakah patut pendirian lelaki goyah bila dipujuk rayu wanita? Aku pening.
Lagi buat aku pening bila kawan aku duk mengadu aku apa perlu dia lakukan. Kerja aku tak tersiap
nak melayan dia pulak. padahal banyak je benda boleh aku buat.
tanya si dia macam mana hati dia rasa goyah. si teman wanita tidak menjaga hatinya, si kawan perempuannya bertutur bicara lembut suara. tambahan pula berkata manja fuh hati mula terasa goyah nya. salah ke?
aku gelak memikirkan situasi ini. aku yang tidak lah hebatnya, kurang la
paras rupanya tambah pula kurang cerdiknya, pendek cerita not bad lah ni mulakan nasihat untuk fikir masak masak. sebab dunia ni pendek bunga bukan sekuntum. haha
sambil mengetuk kepala sendiri aku tersengih dengar perkataan bodoh itu keluar dari mulut aku. aku boleh bayangkn karikatur aku melempang diri sendiri kerna cakap tak serupa bikin tapi apakan daya nasihat aku semua bernas belaka. beza nya kau nak dengar atau tidak je~
dah aku penat fikir. aku penat fikir kembali aku usaha banyak benda then datang manusia tuang minyak RON sembilan puluh lima lalu bakar dengan sebatang mancis. oh sakit macam sial.
kesimpulan bila manusia
memberi kau secebis kasih sayang maka hargainya and he/she definitely into you. bila dia dah jadi seseorang untuk kau dan dia buat celaka bersabar dan buat lah pokerface~
haha, sabar je lah kau nak aku cakap apa lagi? HAHA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

1 comment(s):
aq sbnarnya benci bila kau suruh buat pokerface.oh pls!
btul ke ini cerita stranger?sbb kwn aq sorg tuh aelah kan citer ngan aq masalah yg sama gak?=p
n last,aq rasa bukan band kenal pakcik hussein la.lagi betul kalo sebut as band jumpa pakcik hussein. heh,aq suka membetulkan bahasa2 org nih
Post a Comment